![]() |
||||||||||
![]() |
|
![]() |
||||||||
![]() SEKAPUR SIREH DARI GURU BESAR (EN. AHMAD HUSNI B HJ ABD MANAN) Assalamualaikum w.b.t, Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya, laman web SK Sri Adika Raja dapat disiapkan dengan sempurna. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga Adika kerana telah memberikan kerjasama dalam menyiapkan laman ini secara langsung dan tidak langsung. Alhamdulillah, saya amat berbesar hati kerana laman ini dapat menjana satu revolusi baru dalam menjayakan P&P di sekolah ini. Sebenarnya program pendidikan komputer yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dimanfaatkan dengan sempurna sekiranya segala bahan pengajaran yang dibekalkan diguna sepenuhnya oleh semua warga pendidikan. Walau bagaimanapun, tidak semua yang dapat menguasai kemahiran ini namun dengan adanya bantuan dan sokongan dari semua, barulah ianya berjaya. Insyaallah, dengan adanya laman web ini, mudah-mudahan program pendidikan komputer yang dilaksanakan di sekolah ini berjaya menepati kehendak semua. Akhir kata, semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi panduan kepada semua warga Adika dalam mencapai sasaran Adika Gemilang dan Terbilang. Sekian. Wassalam.
GENERASI BERILMU, ADIKA GEMILANG KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |